Thursday 22 February 2007

vovin punya buku, bukunota punya review

Dunia Buku: Kembar luar biasa

Berita Harian, 22 Februari

ALIYA Elyana, karya Nazri M Annuar memaparkan kisah dua beradik kembar, Aliya dan Elyana yang memiliki kuasa psikik, sekali gus membolehkan mereka menyelongkar minda manusia melalui telepati.

Di samping itu, mereka juga mampu menggerakkan objek dengan menggunakan kuasa telekinesis dan berupaya menerawang ke tempat jauh melalui kuasa minda (clairevoyance).

Pasangan remaja mangsa perceraian itu, mempunyai sifat berbeza antara satu sama lain di mana Elyana lebih lembut, bijak, sabar dan mesra berbanding kakaknya yang ada masalah disiplin di sekolah serta berperangai kasar serta pendendam.

Aliya yang memilih untuk mendampingi ayah mereka, Fairuz manakala adiknya, tinggal bersama-sama ibu mereka, Mastura, menyebabkan perhubungan mereka tegang dan tidak mesra walaupun Elyana berusaha menyemai kasih sayang.

Kehidupan dan persekolahan pasangan itu berlalu secara berasingan, tetapi Elyana tetap cuba memperbetulkan kakaknya daripada berterusan melakukan kesalahan disiplin dengan menyekat Aliya daripada menyalahgunakan kuasa berkenaan.

Tindakan Elyana itu menyebabkan Aliya akhirnya terperangkap sehingga dihadapkan kepada pengetua kerana kesalahan merokok, sekali gus menyemarakkan kebencian terhadap adiknya itu.

Bagaimanapun, pembunuhan wanita secara misteri dan mengerikan yang berlaku di ibu kota, mula mengganggu permainan minda Aliya dan Elyana kerana mereka dapat mendengar jeritan dan merasakan saat kematian itu.

Kehilangan eksekutif wanita, Nurul yang ada kaitan dengan pembunuhan tragik itu, mendorong dua gadis tingkatan empat berkenaan bekerjasama mencarinya dengan menerawang melalui kuasa clairevoyance mereka sehingga dapat menemui lokasinya.

Kejayaan mengesan lokasi itu turut dibantu Pensyarah Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Tan yang mengkaji sains paranormal, selain ayah mereka yang menaruh kepercayaan kepada mereka.

Tanggungjawab Aliya dan Elyana tidak berakhir semudah itu kerana mereka terpaksa menghalang pembunuh psiko melaksanakan niat jahat serta kejam untuk menamatkan riwayat Nurul memaksa Elyana mempengaruhi minda pembunuh manakala Aliya mencari punca keganasannya.

Di luar pengetahuan mereka, dua pemilik kuasa psikik Irene dan Kauffman yang bertarung sejak Perang Dunia Kedua, hampir tiba ke saat kemuncak pertembungan mereka, sekali gus mengheret Aliya serta Elyana terperangkap dalam peperangan minda itu.

Irene yang pernah mewakili Tentera Berikat dan Kauffman pula berada dalam jabatan rahsia tentera Nazi Jerman, tidak dapat menguburkan dendam antara mereka sehingga meneruskan pertembungan mereka di negara ini.

Siapakah yang benar dalam pertarungan minda terhebat dan berjayakah Aliya serta Elyana menyelamatkan diri, ibu bapa, rakan dan kenalan mereka, akan diketahui dengan membaca novel setebal 254 halaman terbitan Gala Unggul Resources Sdn Bhd berharga RM12.90 senaskhah.

Monday 12 February 2007

LUKA

Hatiku terluka dengan perbuatan si dia...

Segala harapan yang aku berikan rupanya tipu sahaja...

Dia tidak pernah ikhlas...

Aku sudah benci dia...